Pengurusan & Penganjuran Acara Korporat Kini Lebih Menyeronokkan!
Jadikan program & acara syarikat anda dipenuhi kenangan indah, keseronokan bermain dan membina semangat solidariti yang erat.
Inginkan Majlis & Program Anda Sehebat ini?
Bagaimana Guligeng Boleh Bantu Anda?
Guligeng sudah beroperasi sejak tahun 2012. Kami membantu syarikat korporat mengadakan majlis dan program korporat seperti Family Day Event, Annual Dinner & Team Building Programme. Kami sudah mengatur pelbagai jenis majlis untuk banyak syarikat berjenama besar.
Mengurus acara korporat syarikat memerlukan skill dan pengalaman. Kebanyakan committee event di syarikat anda tiada pengalaman mengurus acara serta terlalu sibuk dengan rutin kerja. Acara yang gagal akan menjadi buah mulut dikalangan kakitangan. Jangan ambil risiko tersebut. Serahkan saja pada yang pakar.
Norhayati
Founder
Klien
Kami Berbangga Dapat Bekerjasama Bersama Mereka
Kelebihan
Kenapa Perlu Pilih Guligeng?
Pengalaman Mengujakan
Anda akan terkenang pengalaman aktiviti bersama Guligeng walaupun sudah kembali masuk ofis.
Semangat Kekeluargaan
Semua aktiviti yang dirancang akan membuatkan semangat kekeluargaan akan lebih erat.
Kru Terlatih
Majlis anda akan diuruskan oleh kru terlatih & berpengalaman dalam pengendalian majlis berkapasiti tinggi.
Keseronokan
Anda akan merasai keseronokan yang berganda dengan acara yang kami anjurkan. Itu jaminan!
Permainan Tradisional
Semua aktiviti dalam majlis anda ialah permainan tradisional yang penuh dengan nostalgia keriangan.
Membentuk Kerjasama
Staff akan menjadi lebih erat dengan penerapan semangat kerjasama berpasukan melalui kaedah permainan yang direka bentuk.
Guligeng Memartabatkan Sukan Tradisional Dalam Acara Korporat
Setiap acara & program yang kami uruskan diterapkan dengan elemen tradisional. Permainan tradisional sememangnya dicipta untuk membentuk kerjasama dalam kumpulan dan memberi keseronokan maksimum kepada pemain. Anda boleh lihat betapa gembiranya staff anda sepanjang acara berlangsung.
Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Program Anda
Janji Kami
Rasai Sendiri Kemeriahan & Keseronokan Dalam Majlis Anda.
Majlis anda akan dipenuhi dengan keseronokan semua orang yang hadir. Majlis akan dikelolakan dengan sangat baik & mengikut protokol. Lihat CEO, COO, pengurus dan semua pekerja syarikat anda termasuk keluarga mereka berseronok sambil membina semangat kerjasama yang baik untuk masa hadapan syarikat.
Langkah Demi Langkah
3 Langkah Mudah Untuk Anda Menikmati Majlis & Program Yang Megah
Perbincangan Majlis
Anda hanya perlu hubungi kami melalui email, whatsapp atau telefon. Berhubung dengan Person In Charge untuk berikan maklumat majlis.
Penyediaan Sebut Harga
Kami akan menyediakan Quotation & Proposal mengikut keperluan majlis. Sesi perbincangan lanjut akan dibuat di pejabat anda.
Nikmati Kemeriahannya
Kami akan kelolakan majlis anda seperti yang dibincangkan dan anda boleh merasai keseronokan & kemeriahannya.
Testimoni
Apa Kata Pelanggan Kami?
Dapatkan Quotation Anda Dengan Harga Terbaik
Kami sangat gembira untuk bekerjsama bersama syarikat anda. Hubungi kami untuk sesi perbincangan lanjutan.
“Kami warnai Tahun Melawat Malaysia di Negeri Selangor dengan kemeriahan acara Permainan Tradisional. Tahniah kepada syarikat Guligeng atas inisiatif ini.”
“Permainan Budaya ini merupakan permainan yang unik. Ianya mampu membentuk perpaduan serta sikap kerjasama berpasukan. Bukan sekadar menyihatkan badan, malah juga mampu mencergaskan minda melalui strategi kemenangan yang disusun”
“Thanks to Guligeng Event Planner. We whole Enkei Malaysia staff really enjoying the event. You all make our company’s Family Day Event memorable day”
“Karnival Hari Keluarga 2012 menunjukkan kelainan dengan membawakan Permainan Tradisional sebagai acara utama majlis. Usaha sebegini wajar diteruskan untuk memastikan permainan ini tidak dilupakan. Tahniah kepada pihak Guligeng atas usaha murni mereka memperkasakan Sukan Budaya ini”
“Top management semuanya berpuas hati dengan membuat satu kelainan.Semua enjoy walaupun ada yang sakit urat”
“First of all, thanks for organised such a wonderful event. Kami mendapat banyak positive feedback dari bosses and all staff. In terms of games, tempat dan makanan. Semoga kita akan dapat berurusan lagi untuk event-event mendatang”
Guligeng ialah sebuah syarikat yang berpengalaman dalam pengurusan dan pengelolaan majlis korporat. Guligeng menjadi satu-satunya Corporate Event Planner yang memartabatkan semula permainan tradisional dalam majlis korporat. Kapasiti terbesar yang pernah kami kendalikan berjumlah 7,000 peserta.
Perlukan Quotation Melalui Email?
Hubungi Kami
Lokasi Kami
Kuala Lumpur
Telefon
+6012-248 8816
guligengevent@gmail.com