Guligeng merupakan antara peserta yang berjaya terpilih ke peringkat akhir rancangan realiti TV Sejuta Impian. Seterusnya melayakkan Guligeng memperoleh geran DANA BELIA daripada organisasi 1MDB. Terima kasih kepada TV3 dan 1Malaysia Development Berhad.
Aktiviti sosial yang dicadangkan Guligeng untuk program Sejuta Impian ini adalah seperti berikut:-
1. Menghasilkan Video Kaedah Permainan Tradisional
2. Mengadakan Kempen Sukan Rakyat ke sekolah-sekolah terpilih.
Tugasan ini telah dilaksanakan dengan jayanya kepada 9 Sekolah Menengah di Negeri Selangor. Makluman lanjut berkenaan Kempen Sukan Rakyat di sini.